Elly Mazlein Tidak Kisah Digelar Simbol Seks



Mempunyai sifat yang manja dan sering tampil dengan fesyen yang agak seksi, ada sesetengah pihak yang melabelkan pelakon dan penyanyi Elly Mazlein sebagai simbol seks. Namun, beliau tidak pernah ambil peduli dengan kritikan orang lain terhadap dirinya.

Nak kata simbol seks ke, kecam ke, lantaklah. Saya tidak boleh tutup mulut orang tentang apa yang mereka ingin katakan tentang saya. Saya pun bukanlah seorang yang cepat sensitif dengan perkara-perkara negatif dan apa yang betul kita ambil untuk kebaikan, selebihnya biarlah ia dibawa angin lalu.


Pengalaman banyak mengajar saya. Mungkin dulu akan cepat ‘sentap’ kalau ada orang mengata tetapi lama kelamaan perkara itu saya sudah lali. Status saya sebagai ibu juga membuatkan saya tak peduli lagi apa orang kata kerana ada banyak perkara lain yang perlu saya beri perhatian.

Setiap orang mempunyai tahap kesabaran masing-masing, buat Elly beliau akan memberikan reaksi dan bertindak di luar jangkaan sekiranya ada pihak yang bercakap buruk tentang keluarga dan anak perempuan kesayangannya, Putri Sara Sefhia.


Elly turut menjelaskan beliau tidak lagi memuat naik foto Sefhia di media dosial kerana ingin mengelakkan anak kecil itu daripada menjadi mangsa kecaman netizen. *@*



Sumber Berita : mStar Online
https://beautifulnara.com/elly-mazlein-tidak-kisah-digelar-simbol-seks/