Aliff Syukri Gelak Besar Tengok Orang Berebut Duit Sampai Roboh Pagar Dikecam Netizen Kerana….

Mood republik merupakan festival tahunan yang seringkali diadakan dengan menghimpunkan semua usahawan untuk menjual barangan mereka. Festival ini seringkali mendapat perhatian orang ramai bukan sahaja kerana barangan yang dijual, malah kontroversi yang ada di sebalik festival ini.



Tradisi ‘hujan duit sudah sinonim dengan festival mood republik ini. Sebelum ini, isu ‘hujan duit’ yang berlaku di mood republik sudah menjadi tular dan mendapat kecaman netizen.

Ramai yang menganggap tradisi ini tidak perlu diadakan lagi kerana tradisi ini bukan sahaja merendahkan martabat orang ramai, malah telah menyebabkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan (bercampur) dan bergesel kerana berebutkan hujan duit itu.

Isu ini sekali lagi mendapat perhatian netizen, apabila usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri memuat naik video di Instagram suasana ketika orang ramai berebut duit yang telah ditabur.

Bukan itu sahaja, netizen berpendapat Aliff tidak sepatutnya mentertawakan orang ramai yang sedang berebutkan wang tunai tersebut. Dia turut menyatakan perasaan lucu apabila melihat mereka menjerit, bergaduh kerana hujan duit dan menyebabkan pagar roboh.

Walau bagaimanapun, Aliif sudah menulis kapsyen di Instagram tersebut dengan menyertakan hashtag ‘bukan event saya.’

“Seronok tengok kemeriahan majlis pagi tadi @moodrepublik. Ada yang menjerit dan ada yang bergaduh demi hujan duit. Saya rasa lucu dan terkejut semua ada.

“Kalau korang kat tempat saya, apa korang rasa? Siapa yang ada join tadi, baik mengaku. Sampai roboh pagar #bukaneventsaya” tulis Aliff.

Salah seorang netizen turut menyuarakan perasaan sedihnya apabila melihat Aliff mentertawakan aksi orang ramai itu. Sebelum ini, dia gemar melihat posting video Aliff di media sosial. Namun, apabila video ini dimuat naik, dia beranggapan Aliff meletakkan masyarakat seperti tidak ada harga diri.


sumber: http://www.kepohkuat.com/video-aliff-syukri-gelak-besar-tengok-orang-berebut-duit-sampai-roboh-pagar-dikecam-netizen-kerana/