Betul Ke Pembubaran KRU Kerana Selisih Faham Antara Adik Beradik? Dahsyat Betul Alasan Mereka!! Ini Penjelasan Sebenar Norman

Norman yang merupakan salah seorang anggota kumpulan ini serta juga abang kepada Yusry dan Edry menerusi laporan kami, menafikan pembubaran kumpulan KRU adalah disebabkan perselisihan faham antara mereka adik beradik.


“Perbalahan itu perkara biasa, malah boleh dikatakan setiap hari ia berlaku, Tetapi, tidak sehingga membuatkan hubungan kami adik-beradik berpecah-belah. Kami hanya tidak bersama di pentas nyanyian, tetapi dari segi pengurusan syarikat, semuanya masih berjalan seperti biasa".

"Sejak membuat persiapan sempena konsert ulang tahun ke-25 KRU, hubungan kami menjadi lebih akrab. Saya menjadi emosi pada sidang media lalu kerana terbayang wajah ibu bapa, selain mengenang sokongan peminat sejak KRU ditubuhkan".

“Ia bukan gimik untuk lariskan tiket konsert, sebaliknya memang keputusan itu dibuat atas kehendak bersama,” katanya kepada kami.



Sumber: Media Hiburan
http://www.kepohkuat.com/betul-ke-pembubaran-kru-kerana-selisih-faham-antara-adik-beradik-dahsyat-betul-alasan-mereka-ini-penjelasan-sebenar-norman/