Billboard Menghina: Neelofa Bakal Ambil Tindakan Undang-undang?


Macam-macam cara dilakukan oleh syarikat perniagaan untuk mempromosi produk dan perkhidmatan. Ada yang sanggup melakukan apa saja termasukkan menjatuhkan orang lain, cuma orang yang bijak akan melakukan perkara seperti itu diam-diam.

Oleh sebab itu, ramai terkejut apabila sebuah syarikat yang mengeluarkan produk OEM, jenamasendiri.com telah terang-terangan menaikkan billboard di lebuhraya untuk membidas Neelofa berkenaan isu pelancaran tudung di kelab malam beberapa lebih hampir dua bulan lepas.


New Straits Times melaporkan, Neelofa memberitahu yang dia sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat tersebut. Dia berkata:
Saya takkan beri mereka peluang dan saya takkan diamkan saja perkara itu.

Kebanyakan Netizen berpendapat syarikat itu terdesak  dan tidak beretika menggunakan kontroversi Neelofa untuk mempromosikan syarikatnya. Malah, salah seorang Netizen memberitahu, bukan sahaja Neelofa, malah kelab malam Zouk juga boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat tersebut kerana memburukkan premis hiburan tersebut.


Khabarnya, kewujudan billboard itu disedari oleh penunggang-penunggang motor di Lebuhraya Persekutuan yang seterusnya mengambil gambar billboard itu dan memuat naik mengenainya ke media sosial. – beautifulnara.com




sumber: https://beautifulnara.com/billboard-menghina-neelofa-bakal-ambil-tindakan-undang-undang/