Kerana Isu Larang Mencium Dan Menyentuh Anaknya, Dazrin Kamarudin Bekas Tunang Amyra Rosli Perli Amar Baharin?

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada pelakon, Dazrin Kamarudin yang telah menyambut kelahiran anak lelaki pada minggu lalu.



Sebelum ini menurut laporan mStar Online, pasangan artis Amar Baharin dan Amyra Rosli ada membuat kenyataan melarang anak mereka disentuh atau dicium oleh orang lain kerana risau perbuatan tersebut agak berbahaya kepada kesihatan bayi.

Walau bagaimanapun, berbanding pelakon drama My Darling Inspektor Daniel ini, dia tidak kisah sekiranya anaknya dipeluk, dipegang atau dicium kerana itu sudah menjadi lumrah bagi manusia untuk menyayangi sesuatu yang comel.

Namun tambah Dazrin, sebagai ibu-bapa mereka perlu tahu bagaimana cara untuk mengawal atau hadkan pendedahan bayi mereka kepada umum jika perbuatan berkenaan dianggap akan mendatangkan penyakit.

Isteri Dazrin iaitu Nur Fazulin Razali selamat melahirkan bayi lelaki mereka bernama Dasuki pada 13 April lalu di Hospital Andorra Women & Children.

Terdahulu, Dazrin pernah melangsungkan pertunangan bersama Amyra Rosli namun putus pada pertengahan 2015 kerana masalah yang dirahsiakan.


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! KK




Sumber: Panas Dari Dapur
http://www.kepohkuat.com/kerana-isu-larang-mencium-dan-menyentuh-anaknya-dazrin-kamarudin-bekas-tunang-amyra-rosli-perli-amar-baharin/