Pelakon Winter Sonata, Choi Ji Woo Dah Kahwin



Baru-baru ini pelakon Korea ini telah pun mengikat tali perkahwinan. Perkara tersebut diumumkan oleh syarikat pengurusannya, YG entertainment. Dan syarikat itu juga turut berkongsi gambar perkahwinan artis tersebut.

Walaupun sedemikian, pihak pengurusan mahupun Choi Ji Woo tidak mendedahkan siapa suami artis tersebut kerana lelaki itu bukanlah seorang selebriti. Nak jaga privasi mungkin.

Apa-apa pun gambar pernikahan Choi Ji Woo nampak sangat indah dengan warna putih bersih dan cantik. Semoga Choi Ji Woo bahagia bersama suaminya sampai ke akhir hayat.






Sumber: Astro Gempak https://era.je/interaktif/gosip-mossip-mak-jemah-gmmj/choi-ji-woo-kahwin