Rafidah sokong kempen Dr Mahathir tapi tak akan tanding



Bekas menteri Umno, Tan Sri Rafidah Aziz hari ini menjelaskan bahawa beliau tidak menaruh sebarang niat untuk bertanding pda Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Walau bagaimanapun, beliau mengakui dirinya menyokong kempen yang diketuai oleh bekas bosnya, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menumbangkan parti pemerintah BN.

Bagi kritikan lantangnya terhadap pentadbiran perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Razak, Rafidah mengulangi bahawa beliau hanya menyuarakan dirinya sebagai seorang warganegara yang prihatin.

"Saya tidak akan bertanding apa-apa (kerusi).

"Saya hanya seorang warga negara prihatin yang menyokong usaha untuk memperbetulkan keadaan.

"Usaha kolektif yang diterajui oleh Mahathir, bagi saya, adalah satu-satunya cara kredibel untuk menghentikan negara daripada terus terjerumus. Parti-parti berlaian telah mengketepikan perbezaan mereka, termasuk logo parti mereka, demi bersatu untuk menyelamatkan negara.

"Ini patut dipuji. Mereka berbilang kaum, sebagai rakyat Malaysia, dan bekerja untuk kebaikan dan kepentingan rakyat Malaysia," katanya kepada Malaysiakini.

Parti-parti komponen Pakatan Harapan - termasuk DAP yang adalah tertua - telah mencapai persetujuan untuk bertanding di bawah satu logo pada pilihan raya umum akan datang.

Inilah kali pertama sejak pilihan raya umum 1969, DAP tidak akan menggunakan logo "roket" di Semenanjung Malaysia.

Mengulas lanjut, Rafidah berkata beliau telah bersara dengan gembira daripada menyertai politik secara langsung dan tidak lagi menyertai mana-mana politik.

"Tetapi saya mempunyai hak untuk bercakap dan memastikan kebenaran ditegakkan,” kata bekas ketua Wanita Umno itu.


sumber: https://www.malaysiakini.com/news/419160