Walaupun sudah menjadi seorang bapa, tidak semestinya penampilan harus berubah. Sehingga dilihat seperti sudah berusia.
Zaman sekarang ini ramai kaum lelaki yang sudah bergelar bapa tetapi masih lagi 'hot', kacak dan ada juga yang semakin sado.
Kali ini nak kongsikan senarai 'hot daddy' yang selalu mendapat perhatian dalam negara kita ini:
1. Yang Berhormat Datuk Khairy Jamaluddin
Jika anda mengikuti perkembangan Menteri Belia dan Sukan ini, pasti anda akan gelak ketawa dengan telatahnya bersama si manja.
2. Shaheizy Sam
Mat Yip (si kecil) diajar memanggilnya ‘BAPAK’. Walaupun dikatakan tidak gemar kanak-kanak, Sam sangat manja dengan anaknya.
3. Nedim Nazri
Walaupun baru menerima cahaya mata yang kedua, namun, Nedim tidak boleh berenggang dengan si kecil.
4. Norman Hakim
Walaupun sibuk dengan dunia lakonan disamping menguruskan Gym, Hot Daddy ini masih bijak menguruskan keluarga. Tahniah buat Norman Hakim dan isteri yang bakal menerima cahaya mata tidak lama lagi.
5. Hael Husaini
Pasti ramai wanita diluar sana yang sudah dijampi, kecewa dengan status Hael yang sudah berkahwin. Lihat saja gambar ini, walaupun sibuk dengan muzik, masa dengan si kecil tidak pernah diabaikan.
Bapa kepada ‘Nation Baby Boy’ ini, memang sejak si kecil lahir lagi sudah didedahkan dengan aksi lasak. Moga Yusof membesar seperti bapanya.
7. Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor
Siapa tak kenal dengan Angkasawan Pertama Malaysia. Beliau merupakan kebanggan negara, namun di rumah, anak-anak adalah kebanggannya. Walaupun terlalu sibuk, beliau pasti mencari masa untuk diluangkan bersama anak-anak.
8. Fadza Anuar
Ahli perniagaan mana tak sibuk kan? Jika lihat di laman Instagramnya dan Isteri (vivy Yusoff) pasti kita dapat melihat telatah Daniel dan Maryam. Fadza seorang bapa yang cool!
9. Aaron Aziz
Hero Malaya ini sangat akrab dengan anak-anaknya. Kadang-kadang beliau akan bawa anak-anak ke set pengambaran bagi meluangkan masa bersama mereka.
10. David Mckienzie
David Mickienzie merupakan suami kepada pelakon Lana Nordin. ‘Ayam masak kunyit’ merupakan makanan melayu kegemarannya. Gia Quinn Mickienzie bernasib baik kerana mempunyai Daddy berjiwa melayu.
sumber: http://sweetnutella.com/2018/03/21/siapa-kata-daddy-malaysia-tak-hot-siapa-sangka-inilah-10-hot-daddy-malaysia-pada-awal-2018/