Aku Memang Da Agak Da. IniLah Punca Sebenar Dato Seri Anwar menghadap Sultan Johor lebih 2 jam Malam Tadi

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Pelangi di Johor Bahru malam tadi.



Kenderaan yang membawa Anwar tiba di perkarangan istana pada jam 10.50 malam dan pertemuan itu berlangsung sehingga tengah malam.

Pertemuan berkenaan turut dikongsikan oleh laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim.

“Pelbagai perkara dibincangkan dalam pertemuan tertutup Datuk Seri Anwar bersama Tuanku Sultan Ibrahim yang berlangsung selama lebih dua jam itu.

“Hadir sama, anak perempuan Datuk Seri Anwar iaitu Nurul Izzah, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh,” jelas kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak mendedahkan butiran perbincangan antara mereka.

Turut hadir pada majlis itu ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Anwar pada 16 Mei lalu diberikan pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Beliau dibebaskan serta-merta setelah rayuan pengampunan penuhnya yang diputuskan Lembaga Pengampunan mendapat perkenan baginda



sumber: http://www.kepohkuat.com/aku-memang-da-agak-da-inilah-punca-sebenar-dato-seri-anwar-menghadap-sultan-johor-lebih-2-jam-malam-tadi/