Inilah 5 Fakta Anda Kena Tahu Tentang Orang Yang Berlesung Pipit..

Di sebalik manisnya senyuman anda, mari ikuti beberapa fakta dan kelebihan lesung pipit yang mungkin belum pernah anda ketahui sebelum ini.



1. Seperti statistik yang dilaporkan oleh The Daily Health Gen, hanya 20% daripada manusia di dunia ini yang memiliki lesung pipit. Ia sebenarnya adalah satu jenis ‘kecacatan’ pada otot wajah yang amat dicemburui ramai.

2. Kajian American Journal of Physical Anthropology mendapati bahawa lesung pipit adalah antara ‘added value’ yang menambahkan lagi daya penarik seseorang.

3. Perasan tak, orang yang ada lesung pipit ini nampak ‘baby face’ sangat! Saintis sendiri mengakui bahawa kelebihan lesung pipit ini menjadikan seseorang kelihatan muda walaupun semakin berusia. Ini kerana, lesung pipit amat sinonim dengan bayi atau anak kecil.

4. Setiap kali anda tersenyum, orang sekeliling turut terpengaruh dengan aura keceriaan yang disebarkan oleh anda. Malah, ada orang yang melihat anda akan rasa seperti ‘ditusuk’ terus hingga ke jantung

5. Menurut laman web Time For Healthy Food, lebih 60% bintang Hollywood memiliki lesung pipit. Walaupun kebanyakan daripada mereka memilikinya secara semulajadi, ada juga yang sanggup melakukan pembedahan semata-mata untuk mendapatkan lekukan ini.

Sungguhpun lesung pipit ini selalunya diwarisi oleh genetik, anda tidak semestinya akan memilikinya buat seumur hidup.

Selain dikaitkan dengan pertambahan berat badan, proses penuaan juga adalah antara faktor yang menjadikan lesung pipit yang dimiliki semakin kurang kelihatan.

Sumber : Pen Merah Press