Jam Rolex hadiah putera raja - Najib

Calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menyindir tindakan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang turut menawarkan diri bertanding merebut jawatan nombor satu parti itu.


Katanya, tindakan "memandai" Khairy Jamaluddin itu berisiko kerana bagi setiap pertandingan ada yang kalah dan menang.

"Pandai sangat dia (KJ) ingin bertanding sepatutnya dia tidak bertanding.

"Orang yang bertanding ada risiko, ... ada yang menang, ada kalah. Ada yang bernasib baik dan ada yang tidak baik. Masa depan akan ditentukan masa depan," katanya menjawab soalan ketika sesi soal jawab pada majlis ramah mesra dengan beliau di kediamannya di sini hari ini.

Seorang wakil pemuda bertanya mengenai nasib Khairy Jamaluddin sekiranya beliau menang jawatan Presiden pada pemilihan parti itu kerana ramai mahu figura penting dalam UMNO dikekalkan.

Pada pemilihan UMNO Sabtu ini, selain Tengku Razaleigh dan Khairy Jamaluddin bertanding jawatan Presiden, tiga calon lain turut disenaraikan ialah Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Mohamed Iqbal Maricair dan Mohd Yusof Musa @ Jamaludin daripada UMNO Bahagian Iskandar Puteri.

Sementara itu, menjawab soalan mengenai tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) membekukan akaun UMNO, Tengku Razaleigh berkata, beliau akan mencari jalan untuk memastikan wang UMNO dikembalikan secepat mungkin.

Katanya, tindakan SPRM itu mengikut undang-undang dan setiap tindakan ada reaksi yang boleh diambil.

"Kita akan mencari jalan bagaimana boleh mencairkan (aset). Apa yang sah harta parti seberapa cepat yang boleh kita akan selamatkan," katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Tengku Razaleigh menyatakan keyakinan bahawa UMNO mampu menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) tanpa menunggu lima tahun.

"Kita mungkin boleh (kembali) berkuasa lebih awal jika bertindak dengan keinsafan, mengubah cara bertindak dan 'berlagak' dengan orang di akar umbi, " katanya.

Beliau berkata, perjuangan UMNO yang ada tidak perlu diubah sebaliknya parti itu perlu memulangkan balik integriti dan kredibiliti parti.

"Kita perlu menarik kembali keyakinan dan kepercayaan orang ramai kepada kita. UMNO dalam aspek perjuangan sangat sempurna dan tidak perlu kita menimbang membuka UMNO kepada orang lain (bangsa lain).

"Kalau hendak menjadi parti yang pelbagai kaum, mereka boleh masuk DAP. UMNO adalah parti orang Melayu," katanya.

sumber:

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/06/442813/kj-tak-sepatutnya-bertanding-presiden-umno-ku-li


--------------------


Jam Rolex Paul Newman Daytona bernilai RM3.5 juta milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dirampas Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah pemberian seorang putera raja di Asia Barat.

Najib dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini berkata, jam tangan itu diterimanya ketika lawatan putera raja berkenaan ke negara ini Mac lalu.

Katanya, bukti ia diberi oleh putera raja berkenaan dapat dilihat menerusi cop mohor kerabat diraja negara berkenaan yang tertera pada kotak jam terbabit.

"Jam tangan itu adalah pemberian daripada putera raja yang juga menteri dalam negeri negaranya ketika melawat negara ini pada Mac lalu.

"Sepatutnya, polis perlu menyatakan bahawa jam tangan itu serta beberapa barangan lain ditemui disimpan dalam kotak yang tertera cop mohor diraja negara luar berkenaan. Fakta itu tidak boleh diabaikan," katanya.

Selain itu, Najib turut menyifatkan nilai barangan yang diumumkan PDRM dalam sidang media semalam sebagai tidak realistik selain nilainya adalah subjektif.

Katanya, ada antara barangan berkenaan adalah hadiah yang diterima keluarganya sejak lebih sedekad lalu dan nilainya subjektif kerana tertakluk pada masa ia diberikan.

Bagaimanapun, dalam kenyataan itu beliau memaklumkan bahawa keluarganya tidak mengetahui nilai barang yang dibayar oleh pemberi hadiah berkenaan pada masa itu namun ia diterima daripada kenalan rapat, wakil kenamaan termasuk kerabat diraja ketika lawatan sempena hari jadi, sambutan ulang tahun, majlis perkahwinan dan pertunangan.

"Sebarang penilaian mengikut harga jualan atau harga pasaran semasa adalah tidak realistik, di mana nilainya terlalu melambung dan memberi gambaran tidak tepat.

"Ini kerana, kebanyakan barangan diterima sebagai hadiah ini sudah lebih berdekad lamanya.

"Jadi, kami mempertikaikan nilai barang yang diumumkan PDRM semalam berikutan penilaian sepatutnya tertakluk pada waktu barang itu diberikan kepada kami dan nilai itu sudah pastinya bersifat subjektif," katanya.

Selain itu, beliau berkata, kebanyakan barangan berkenaan disimpan dalam kotak yang dilabel khas oleh kakitangannya lengkap dengan deskripsi, gambar, tarikh hadiah itu diterima selain identiti pemberi hadiah berkenaan.

Katanya, pihaknya akan memberi kerjasama kepada polis sekiranya dipanggil bagi menjelaskan perkara itu.

"Paling penting, kami juga boleh membantu polis untuk mengenal pasti siapa pemberi hadiah itu sejak berdekad lamanya.

"Sama seperti nilai hutang kerajaan yang diumumkan terlalu melambung tinggi itu, nilai serta jumlah barangan yang diumumkan polis dalam sidang media semalam juga dilihat bersifat serangan dan dendam politik terhadap keluarga saya," katanya.

Najib berkata, ada antara barangan itu adalah milik saudara-mara terdekat serta pihak ketiga dan mereka sudah pun memulakan tindakan perundangan bagi menuntut semula barangan terbabit daripada polis.


sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/06/442804/jam-rolex-hadiah-putera-raja-najib#cxrecs_s