Minta Pinjam Duit, Youtuber Ini Dedah Perangai Sebenar Sufian Suhaimi

Nama Sufian Suhaimi naik mencanak gara-gara kisah putus tunang dan kemudian single Di Matamu yang dilancarkan selepas insiden itu mendapat jutaan tontonan dalam masa singkat. Namun mungkin ramai yang tidak tahu siapa Sufian sebenarnya sebagai seorang rakan.


Seorang Youtuber, Zack Merican membuat satu video ‘prank’ yang membabitkan penyanyi ini. Walaupun hanya satu gurauan, jawapan yang diberi Sufian kepada rakannya itu cukup mengharukan.

Dalam video itu, Zack menelefon Sufian untuk meminjam duit berjumlah RM600 semata-mata untuk keluar makan dan berkaraoke dengan teman wanitanya di Sabah. Walaupun alasan diberikan Zack agak tidak kukuh, namun Sufian dengan rela hati sedia memberi pinjaman kepada temannya itu.

Paling menyentuh perasaan, menurut Sufian, setelah didedahkan semuanya hanya prank, dia berkata dia sedia memberi pinjam kerana ada alasannya sendiri. Padanya, Zack berniat berbelanja dengan niat untuk memikat kekasihnya yang mungkin akan berakhir dengan rumah tangga dan dia ada ‘saham’ di situ.



Mana nak cari kawan mcm sufian suhaimi

Tak berkira dgn member. Paling terharu dgr alasan dia
“Aku ade saham kat situ weh”

Credit : Zack Merican (Youtube) pic.twitter.com/uSZB1BEQbG

— 103° (@aliffhanif_) April 21, 2018


Sumber: Aliff Haniff, Zack Merican via OhBulan



Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! KK



Sumber: Panas Dari Dapur
http://www.kepohkuat.com/video-minta-pinjam-duit-youtuber-ini-dedah-perangai-sebenar-sufian-suhaimi/