Video isteri curang dan berzina tersebar, suami buat laporan polis

Terkejut melihat video aksi isteri curang dan berzina dengan lelaki lain yang tidak dikenali tersebar di WhatsApp dan Share It, seorang lelaki di Jamber membuat laporan polis, lapor Detiknews.


Gofur, 33, membuat laporan polis selepas menerima banyak desakan dari pihaknya.
“Yang pasti, saya sebagai suaminya berasa terkejut dengan perbuatan isteri saya yang berzina.
“Ramai yang mendesak saya untuk membuat laporan ini kerana rakaman video mereka sudah tersebar secara meluas,” katanya.

Peguamnya, Muhammad Zainudin berkata, Gofur yang hanya menyedari video isterinya curang itu tersebar selepas dimaklumkan oleh keluarganya, ketika dia berada di Surabaya.

“Ketika dia pulang ke Jamber untuk mendapatkan penjelasan isterinya, wanita itu sudah meninggalkan kediaman mereka,” katanya.

Sementara itu, pihak polis di Jamber mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan telah dijalankan bagi mengenalpasti lelaki dalam video tersebut selain mengesan individu yang telah menyebarkan video itu.


Sumber: The Reporter
http://www.kepohkuat.com/video-isteri-curang-dan-berzina-tersebar-suami-buat-laporan-polis/