Baru-baru ini agak kecoh juga mengenai isu pelantikan Peguam
Negara berikutan penolakan Istana Negara terhadap cadangan Perdana Menteri
melantik peguam veteran Tommy Thomas. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
melantik Thomas sebagai Peguam Negara bagi menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi
Ali yang kini diarah bercuti sebulan.
Ini isu berkaitan dengan pentadbiran
undang-undang, tetapi nampaknya sudah ramai pengamal media sosial bertindak
sebagai hakim dengan menyalahkan pihak-pihak tertentu.
Hal ini turut dirasai oleh chef selebriti
terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan yang
menganggap isu perlantikan Peguam negara ini sebagai sebuah drama yang tak
berkesudahan.
Rakyat Bermain Isu Perkauman
Chef Wan berkata, rakyat Malaysia tidak
sepatutnya bermain dengan isu-isu perkauman dalam memilih seorang pemimpin.
Tommy Thomas dengan latar belakangnya sebagai seorang peguam yang begitu
berpengalaman serta rekod kerja yang baik adalah calon yang layak dilantik
menjadi Peguam Negara.
Beri ruang Kerajaan Baru Jalankan Tugas
Menurut satu laporan dari Sinar Harian,
Yang Dipertuan Agong enggan memperkenankan pencalonan tersebut dan pendirian
Agong mungkin mendapat sokongan oleh sebahagian daripada Majlis Raja-Raja. Antara
lainnya, mungkin ianya kerana soal bangsa dan agamanya. Kerana baginda-baginda
sudah begitu biasa dengan Peguam Negara dari Melayu Islam sebelum ini.
Chef Wan menasihati rakyat Malaysia supaya
beri ruang kepada Tun M dan PH menjalankan tanggung jawab dan beri sokongan
dalam pelantikkan ini.
Peguam Negara Bukan Melayu-Islam Tak
Sepatutnya Jadi Isu
Malaysia pernah mempunyai peguam negara
bukan Melayu-Islam sebelum ini, antaranya peguam negara bukan Melayu-Islam
terdahulu ialah Thomas Vernor Alexander Brodie (1955-1959), Sheridan
(1959-1963) dan Athi Nahappan (1970-1974). Tetapi sejak 1977, semua tujuh
peguam negara ialah Melayu-Islam.
Sumber IG Chef Wan via Hangat
http://www.kepohkuat.com/adoi-drama-lagi-chef-wan-komen-isu-pelantikan-peguam-negara/