Teka-teki beg tangan mewah jenama apa yang bakal dibimbit bekas
wanita pertama Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor ketika hadir memberi
keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
terjawab.
Beg tangan jenama Versace Vanitas Demetra
merah dilihat dibimbit seorang wanita yang dipercayai pengiringnya berjalan
dibelakangnya memasuki pintu utama lobi bangunan ini.
Hasil carian di internet, harga tas itu
dianggarkan bernilai US$700 (RM2,781)
Rosmah yang tiba kira-kira jam 10.43 pagi,
mengenakan baju kurung biru corak rose lengkap berselendang dan sedondon dengan
sepatu merah.
Isu tas tangan mewah yang bakal dibawa
Rosmah menjadi bualan di laman sosial susulan kontroversi rampasan 284 beg
tangan yang masih hangat diperkatakan.
Rosmah tiba di pekarangan ibu pejabat SPRM
menaiki kenderaan jenis Mercedes-Benz tanpa polis pengiring namun ditemani anak
perempuannya, Nooryana Najwa dan menantu, Daniyar Kessikbayev warganegara
Kazakhstan.
sumber:
http://www.ohmedia.my/2018/06/beg-merah-menyala-rosmah-jadi-tumpuan.html
"Buat masa ini, kerajaan negeri masih
belum menerima usul yang difailkan oleh Petronas berkaitan dengan permohonan
itu.
"Kerajaan negeri akan melakukan
segalanya dalam bidang kuasanya, mengikut undang-undang, untuk mempertahankan
hak kami dalam perkara ini," katanya.
SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/06/434860/biar-mahkamah-putuskan-tun-m