Petang semalam, 2 Jun 2018 merupakan hari yang paling meruntun
hati rakyat negeri Selangor apabila Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri
Besar Selangor berucap buat kali terakhir. Selepas 4 tahun menjalankan
tugas mentadbir Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim pada 23 September
2014.
Pada 22 Mei lalu, Azmin Ali telah pun
menjalankan tugas secara rasmi sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi setelah
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mengumumkan barisan kabinetnya pada
pertengahan Mei lalu serta selepas Azmin mendapat perkenan Sultan Selangor.
Sebagai seorang bekas Menteri Besar
Selangor yang telah berkhidmat beberapa tahun, kecintaannya terhadap negeri
serta rakyatnya terlalu mendalam dengan bukti sumbangan serta pembangunan yang
banyak dibangunkan daripada hasil usahanya.
Dalam ucapannya, Azmin Ali berkata:
"Patik bersyukur diberikan peluang
untuk menabur jasa dan bakti kepada rakyat di bawah payung kebesaran Tuanku.
Namun, setiap yang baharu, pasti ada akhirnya. Setiap yang bemula ada
penamatnya. Itulah lumrah alam dan hukum di kehidupan maya pada ini.
Sepanjang hayat patik, belum pernah patik
berdepan dengan dugaan seberat ini untuk membuat pilihan. Selangor adalah hati
dan nurani patik, negara pula adalah jiwa dan sanubari patik."
Semasa menyampaikan ucapannya, Sultan
Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin turut merasa sebak dan menitiskan
air mata.
Siakapkeli.my
Sumber: Azmin Ali
http://www.siakapkeli.my/2018/06/air-mata-azmin-ali-tumpah-ketika.html