Aku Bagi Masa 24 Jam, Ifa Raziah Berang Gambar Disalah Guna Untuk Lariskan Produk Kurus



Nama penyanyi dan pengacara Ifa Raziah bukan asing lagi dalam industri hiburan tempatan. Kini, dia juga aktif dengan perniagaan produk pelansingan badan miliknya. Terbaru, dia turut berang dan telah memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah produk kurus yang menggunakan fotonya sebagai strategi pemasaran.

Bagaimanapun, dia memberi tempoh masa 24 jam untuk pemilik produk tersebut memadam fotonya jika tidak mahu berdepan dengan tindakan saman.



Kalau nak buat business tak salah pun




Hello .. Kalau nak buat bisnes tak salah pun tapi jangan nak ambik kesempatan guna gambar aku jadikan Model produk kau Gampang


Dasar Melayu Kodokkk .. Orang nak jual produk kurus kau pun nak jual jugak tapi nak Curi gambar aku .. Kalau kau nak sangat aku jadi Duta produk kau..BAYARLAH BERJUTA KAT AKU BARUA!!


Sila Buktikan bila masa aku minum Produk kau yang HAUKKK!! tu dan bila pulak aku dah sain jadi DUTA produk Najis kau tu!

Tunggu AKU akan buat Tindakan SAMAN terhadap company kau..

AKU BAGI AMARAN DALAM MASA 24 JAM SILA TURUNKAN GAMBAR-GAMBAR IFA RAZIAH dari IKLAN PRODUK KAU!!




Sumber: Ifa Raziah