aru-baru ini sedang hangat dan viral di media sosial satu video lucah yang didakwa mirip artis popular, Syafiq Kyle atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 26 tahun. Video berdurasi 38 saat itu mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya terkejut dengan aksi kurang sopan lelaki berkenaan bersama seorang wanita bernama Mira.
Setelah lama berdiam diri, akhirnya syafiq menjelaskan berkenaan dakwaan tersebut. Namun begitu, dilaporkan Syafiq tidak mengiyakan atau menidakkan dakwaan tersebut. Syafiq berkata dia mahu terus 'move on' dan meneruskan kehidupan.
"Saya sedar yang saya merupakan insan yang bertanggungjawab untuk memanjangkan atau memendekkan isu ini, namun saya memilih untuk menghentikannya. Pada masa yang sama, saya mahu menghormati bulan Ramadan.
"Bagi saya, terpulanglah bagaimana mereka di luar sana mahu menafsirkan perkara ini, tetapi ini merupakan jawapan saya buat masa ini dan tiada lagi jawapan lain selepas ini di masa akan datang.
"Sejujurnya, saya sangat menghargai dugaan yang datang dan sesungguhnya, ia mematangkan saya," katanya seperti yang dipetik di Astro Gempak.
Syafiq juga berkata yang dia mengetahui perkara ini sejak dua tahun yang lalu dan hanya mendapat beberapa 'hint' sahaja. "Saya sendiri tidak tahu kebenaran perkara itu," katanya.
Bila disoal tentang Mira, perempuan yang berada di dalam video terbabit, Syafiq hanya menjawab yang dia mungkin pernah mengenali individu terbabit, tetapi tidak mahu mengulas panjang.
Syafiq juga ingin memberikan tumpuan kepada isu video dan bila timbul pula isu lain, dia akan serahkan kepada pihak pengurusan untuk kendalikan.
sumber:
http://www.ohmedia.my/2018/05/syafiq-tampil-untuk-memberi-penjelasan.html